Tuesday 23 August 2016

Cara buat doh kuih

Tahu apa itu doh ?

Dough ; thick, malleable mixture of flour and liquid, used for baking into bread or pastry.

Sebab itulah doughnut = donat !

Resepi doh yang simple dan mudah. Doh ni penting kalau kau mahu belajar buat kuih muih.
Sebab orang kata doh ni macam basic la, kau takda basic, kau takbole la buat.

Dulu , aku malas malasan buat doh ni. sebab kononnya tepung lembik la , melekat tak pandai pandai hilang dari jari .. bila buat kuih , ada rupa tapi terlebih tepung la. Jadi , ini solution nya. Sepanjang cuti sem ni aku manfaatkan dengan benda ni lah. Hehe

RESEPI DOH YANG MUDAH

Bahan A
1/2 gelas air suam
4 sudu gula
1 packet atau setengah packet mauripan/ yis

Bahan B
4 cawan tepung gandum
secubit garam
sedikit baking powder
6 sudu minyak masak

Procedure
1. Campur Bahan A .
2. Bahan B gaul kering , kemudian tuang bahan A perlahan lahan atas bahan B tu kemudian uli .
3. Uli dengan tangan . So make sure tangan bersih .
4. By time , tepung akan jadi semakin liat dan lekat2 sikit d tangan. So,tambah air lagi dalam setengah gelas.Tapi cara tuang dia kena lah sedikit demi sdikit supaya tidak terlajak ataupun terlebih air.
5. Bila rasa tepung suda kurang kurang melekat d tangan, means jadilah suda tu .
6. Tutup itu doh . Biarkan selama sejam atau lebih, Lagi lama lagi bagus deh. Hehe

Bila doh sudah jadi , bolehla buat macam macam kuih. Contohnya donat , pau , dan lain lain lagi.
Contoh hasil masakan aku adalah Donat yang comel! Hehehe



Share: