Monday 3 September 2018

RESEPI KEK COKLAT KOKO

Waktu petang-petang tetiba teringin makan kek coklat. Tapi teringin yang lebih coklat. Kalau beli dekat kedai kek mahal, lepastu kadang tidak sedap sgt pun sbb manis lebih coklatnya kurang. So, buat sendiri lah. Mix kejap lepastu bake.

Bahan sama seperti kek span. Boleh baca kat sini. Tapi sis tambah sedikit bahan.

CARA MUDAH MEMBUAT KEK SPAN COKLAT

Sebelum tu, sis asingkan kuning dan putih telur ni ada sebabnya. Sebab kalau asingkan dan pukul putih telur asing-asing, kek dengan yakin nya memang akan gebu gais! So, jangan malas malas okay. Asingkan betul2, jangan tertinggal sekecil zarah kuning telur pun dalam putih telur tu. 


Bahan-Bahan Mangkuk A:
  1. 1/2 Cup Air
  2. 1/2 Cup Minyak masak
  3. 3 Biji kuning telur
  4. 1 Setengah Cawan Tepung Gandum Siap Diayak
  5. 2 Sudu besar Gula
  6. 1/2 Cup serbuk koko 
  7. 1/2 Cup susu pekat
Bahan-Bahan Mangkuk B:
  1. 3 Putih Telur
  2. 2 sudu besar Gula
Topping Coklat:
  1.  5 sudu Serbuk koko 
  2. 1/2 cup air 
  3. 1/2 cup susu pekat


Cara-Cara Bahan A
  1. Pukul kuning telur sahaja sehingga kembang/ berbuih. Dalam 10-15 minit dah cukup.
  2. Masukkan gula dan tepung gandum yang dah diayak (Supaya kek ada texture halus)
  3. Masukkan air dan minyak masak.
  4. Masukkan serbuk koko dan susu pekat.
  5. Gaul sampai puas hati dan rasa dah sebati. Texture yang terhasil akan jadi sedikit cair. Tutup adunan kejap untuk buat Bahan B.
Cara-Cara Bahan B
  1. Pukul putih telur dan gula sehingga dapat bentuk tanduk. Maksudnya, bila kau angkat mixer tu, terhasil bentuk tanduk dekat hujung tu. Macam ni:
Lepastu, campur Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul sebati guna spatula atau senduk kayu. Then, Transfer ke loyang. Untuk dapatkan kek yang gebu, boleh buat double baked method. Macam ni:



Masukkan air panas dalam loyang yang besar. Balut loyang yang berisi adunan tadi dengan aluminium foil. Kalau teda foil pun takpa. Dengan suhu 170'C, bakar kek selama 40 minit.

CARA BUAT TOPPING SIMPLE
  1. Panaskan air dalam kuali kecil, kemudian masukkan serbuk koko. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan susu pekat, gaul supaya tidak melekat pada kuali.
  3. Pastikan coklat tidak terlalu pekat.
  4. Setelah sejuk, tuang ke atas kek yang siap tadi, dan taburkan cip coklat/ coklat spiral. Sejukkan kek dalam peti suapaya lagi sedaaaap!

Feel free to write your comments below. Thank you!

Share:

CARA MUDAH MEMBUAT KEK

Hello readers. Jadi hari ini, kita kembali kepada dunia blogging. Kalau dulu banyak kepada kehidupan (deleted post), so sekarang kita share pasal resepi gadis kampung ni. Cuti sem pun akan berakhir dalam beberapa hari saja lagi. Tapi, baru pula jari jemari ni rajin untuk main blog. Gitew. Sebab minggu depan, kuliah start macam biasa dan sis masuk year 4! Excited sebab terharu mampu bawa 3 tahun dental. Doakan untuk 2 tahun akan datang yaa. Inshaallah kita graduasi 2020. Amin.

Okay, harini kita share basic resepi untuk membuat kek. Kebiasaannya, perempuan ini rasa bangga bila masuk dapur lepastu ada hasil, betul kan? Jadi bila ada misi untuk bakar/kukus kek, buat kuih-muih atau masak lauk-pauk ni, kekadang tidak menjadi. Especially, untuk orang yang first time belajar buat kek/kuih, memang sah-sah lah kurang menjadi. Dan memang sekarang ni google pun ada semua benda. Mak nenek resepi semua ada . Tapi, untuk pengetahuan reader, untuk berjaya menghasilkan sebuah kek atau kuih ni, ada cara nya.

Sebelum itu, sis mengaku tiada kelulusan kulinari/bidang masakan, sis bukan budak poli atau pernah training under bidang bakery ni. Sis orang biasa yang minat benda macam ni. Jadi, ni based on pengalaman saja okay. Kalau mahu tambah, boleh drop kat comment bawah.


ASAS MEMBUAT KEK SPAN

Ada sesetengah orang dia tidak suka fresh cream kecuali kek SR. So, biasa orang tua-tua lah yang makan kek tu saja tanpa apa2 topping. So, kek span ni lah yang paling sedap dan sesuai. Alah, macam japanese sponge cheesecake tu. 

Untuk memastikan kek tu menjadi, kau kena ada :
  1. Telur : Untuk kembangkan kek dan bagi bentuk span/sponge.
  2. Minyak: Bagi kek tidak melekat pada loyang / dan tidak melekit
  3. Air: Bagi bentuk cecair dan medium untuk campur segala benda 
  4. Tepung Diayak: Bagi texture dan bentuk gluten dalam adunan.
Alright, kebiasaannya, majority resepi letak baking power (Serbuk penaik) untuk bagi kek naik. Tetapi, itu pilihan sebenarnya. Telur sendiri sahaja sebenarnya sudah membantu. Janji, boleh pukul telur dengan cara betul. Lagi satu, asingkan putih dan kuning telur pasti kek gebu, confirm!


CARA MUDAH MEMBUAT KEK SPAN
Bahan-Bahan Mangkuk A:
  1. 1/2 Cup Air
  2. 1/2 Cup Minyak masak
  3. 3 Biji kuning telur
  4. 1 Setengah Cawan Tepung Gandum SiapDiayak
  5. 2 Sudu besar Gula
Bahan-Bahan Mangkuk B:
  1. 3 Putih Telur
  2. 2 sudu besar Gula

Cara-Cara Bahan A
  1. Pukul kuning telur sahaja sehingga kembang/ berbuih. Dalam 10-15 minit dah cukup.
  2. Masukkan gula dan tepung gandum yang dah diayak (Supaya kek ada texture halus)
  3. Masukkan air dan minyak masak.
  4. Kalau ada nak tambah untuk perisa kek seperti coklat, cheese, pandan dan sebagainya boleh tambah waktu step ke 4 ni.
  5. Gaul sampai puas hati dan rasa dah sebati. Texture yang terhasil akan jadi sedikit cair. Tutup adunan kejap untuk buat Bahan B.
Cara-Cara Bahan B
  1. Pukul putih telur dan gula sehingga dapat bentuk tanduk. Maksudnya, bila kau angkat mixer tu, terhasil bentuk tanduk dekat hujung tu. Macam ni:
Lepastu, campur Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul sebati guna spatula atau senduk kayu. Then, Transfer ke loyang. Untuk dapatkan kek yang gebu, boleh buat double boil baked method. Macam ni:



Loyang yang besar tu, saya letak air panas. Kemudian loyang yang berisi adunan kek tu saya balut dengan aluminium foil. Kalau takmau balut pun boleh juga. Konsep double boil ni lebih kurang ja dengan kukus. Tapi, bakar lagi sedap dan kek tahan lama. Setelah itu terhasil lah, sebuah sponge kek yang comel loteh.


Salah satu contoh kek span tu alah, yang mcm japanse cheesecake tu. Thanks for reading people!
Share: