Friday 2 June 2017

Perkataan dan pedang

7 Ramadhan 1438 | 2 June 2017.
Jumaat.

Sempena hari jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan, aku yang hina ni terasa ingin berkongsi sedikit tazkirah kecil.

Hari ini, Alhamdulillah kita masih bangkit. Masih mampu kita lihat dunia yang fana, yang sementara. Tubuh badan sihat kita miliki. Nikmat Allah satu tak kurang biar sedikit kita nikmati. Jalan hidup penuh persepsi, dek manusia mudah rapuh tanpa iman di hati.

Ramadhan ini bulan yang mulia. Setiap amal yang kita buat dijanjikan pahala. Sebab itulah waktu zaman Nabi dahulu, umat islam sentiasa beribadah, beribadah dan beribadah. Qiam tidak tinggal, quran sentiasa dibaca, sedekah amalan utama.Ramadhan ni ibarat apabila Bank bagi kau masa sebulan, ambillah berapa juta wang yang kau mahu. Ambil sahaja berapa banyak pun tetapi syaratnya tangan engkau sendiri yang kena mengambilnya. Seperti yang kita tahu, duit itu berharga. Maka pastinya manusia berpusu-pusu dan kalau boleh tiada sesaat pun yang ditinggalkan, sebaliknya dimanfaatkan untuk mengambil duit free itu. Tiada manusia yang rela tidur jika diberi peluang sebegitu rupa. Apatah lagi memperuntukkan masa untuk bermain telefon, media sosial dan sebagainya.

Seperti itu jugalah Ramadhan. Namun bukan semua orang melihat pahala tersebut.
Kebanyakan Manusia melihat ia hanya sebagai menahan lapar dan dahaga. Mengapa masih ada yang tidak menyedari? Allah. Betapa ruginya kita mensia-siakan peluang kan. Walhal waktu inilah doa sering dimakbulkan. Pahala berganda-ganda dihulurkan. Astaghfirullah.

Cuba kita renungi diri sendiri, amalan masing-masing. Diri ini juga perlu diasuh. Perlu "brain-wash"  setiap masa.

Buat mereka dan diri ini yang sentiasa lupa, 
Hari ini kau hidup, kata mu ingin kau mengabdikan diri kepada ilahi.
Kau kata kerana kau adalah islam sejak azali.
Maka itu adalah fardhu ain yang perlu kau buat setiap hari.

Main point (below): Apa kau cakap reflect diri kau. Jaga kata-kata, sebab dia mcm pedang, sifatnya tajam.

Namun dalam diam,tatkala hati mula merasa nikmat duniawi, pujian manusia memberi impak maksima dalam diri, sehingga kau mula mengusai setiap diskripsi. Tutur kata kurang kau santuni, mengharap manusia mengikut setiap hujah yang kau lantuni. Kau mula lupa, dia yang di atas sentiasa memerhati. Sedang dalam hadis hubungan silaturrahim perlu dieratkan sesama sendiri, dengan menjaga percakapan dan saling menghormati, kita manusia biasa bukan nabi, Maka seharusnya kita merendah diri, akur bahawa lemahnya pasti. Ramadhan bukan untuk kau kutuk sana sini, cakap belakang depan kau berbahas basi, Allah pesan itu ibarat makan daging saudara saudari, apa kau lupa letaknya di mana nanti? Kerana Allah berfirman golongan kanan dan kiri bezanya neraka syurgawi. Maka itu kau sendiri yang pilih, malaikat sentiasa mengawasi, sedang sedikit amal kata baik baik ada pahala diberi , nampak betapa pemurahnya Ilahi?





Share: