Thursday 3 January 2019

Hello 2019

New year 2019

Lama tidak update blog, patut pun rasa macam perlu tulis juga refleksi diri. Banyak sangat benda bole share, tapi tiada masa untuk menulis. Busy bosku. Tetiba teringat dulu waktu 1st year ada lecturer pernah cakap, setiap orang ni berbeza cara untuk release stress ataupun utk dapatkan balik positive vibes tu. Ada orang makan banyak boleh buat dia happy dan neutral balik. Ada orang kena travel tgk tempat cantik. Ada orang jenis blogging, menulis dan sewaktu dgn nya. Aku jenis org blogging tu.

Memang dental kursus yg boleh dikatakan agak mencabar juga. Tapi bukanla maksudnya dilarang blogging mcm tu. Boleh ja, tapi take time la. Utamakan yg lebih utama.

Pengalaman 2018? 
2018 tahun lepas kan. Sekarang masuk 2019 suda. Wauu. Im 23 already. So, kita cerita pengalaman ikut kalendar Masihi la sebab Hijrah sudah lama start. Tahun lepas aku year 3 yang mana tahun pertama klinikal. Buat treatment dekat patient la. Tampal gigi, cabutan, gigi palsu, scalling n etc. Alhamdulillah, sampai sekarang Allah permudahkan segala urusan. Dgn syarat kena selalu yakin dan positif.

Mahu ckp psl pengalaman, tiada sangat pun. Tapi yala, setiap orang mesti akan alami detik cemas dlm hidup kan. Tu namanya ujian la. Last year ada juga detik tu, accident depan usm ni haa waktu april 2018. Alhamdulillah tiada kecederaan teruk la, cuma patah midclavicle. Syukur bukan open fracture. No bleeding. Adalah dalam 1 bulan tidak gerak tgn bahu ni. Cuma waktu MC sebulan lebih tu nangis teruk juga la sebab banyak sesi klinik aku skip skip. Berbanding dgn kawan-kawan lain, ramai yang boleh dpt buat bnyk rawatan dekat patient. Pendek kata, boleh buat bnyk requirement lah. Sedangkan aku di rumah waktu tu relaxing la. Mo buat mcm mana kan tangan tidak boleh gerak waktu tu. Makan minum mandi urus diri semua guna tangan kiri ja la. Pada masa itulah aku rasa itu betul-betul 1 ujian utk aku. Ujian aku jadi orang yang redha dan bersyukur atau sebaliknya. Masa tu solat pun nangis lah juga. Siapa sangka boleh dapat kan. Tapi guys, please remember, bila kita susah adalagi org yang lagi susah dan sakit dari kita. Jangan terlalu mengeluh. 

Bila aku datang appt TCA di klinik ortho, waktu tu lah terlalu ramai patient yg lagi kesian. Ada yang terbaring sebab patah tulang belakang, tengkuk n etc. Syukur lah aku boleh manage dan aku kuat semangat. Physio pun 3 bulan ja. Lepastu discharge. Ada patient lain bertahun physio pun masih lemah lagi muscle dan tulang lepas accident. 

Dari sudut pandangan lain, aku mahu tekankan, Allah memang bagi kita ujian ikut kemampuan dan Allah tu maha mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik utk kita. Mungkin sebab aku berdoa untuk dipermudahkan menjadi seorang dentist utk bantu masyarakat. So, dgn takdir Allah aku masih boleh menikmati tubuh badan yg sihat harini. Tangan is so precious. Tanpa tangan apalah itu seorang dentist. Ya Allah syukur alhamdulillah.
Share:

0 comments: