Wednesday 17 March 2021

Hala tuju selepas SPM

Hello, bertemu lagi kita ! 

Tajuk hala tuju selepas SPM ni boleh kira lapuk lah kan? Tapi tidak untuk setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Sebenarnya, hala tuju ni berdasarkan minat juga. Tapi untuk merealisasikan minat tu kena lah berdasarkan keputusan yang baik baik. Kenapa SPM penting? Sebab result ini lah yang akan diguna utk apply banyak benda, termasuk peluang pekerjaan, tawaran universiti, plus pendek kata untuk masa depan yang cerah.

Pernah tak dengar ayah ibu cakap KENA LULUS SPM? 
Ha, Untuk adik-adik yang teringin jadi kakitangan kerajaan (cth; polis, kerani, pembantu perubatan) pun syarat kena lulus SPM tau. Subjek teras mcm BM, BI, Sejarah dan Maths itu wajib lulus dan kalau boleh kena skor kaw-kaw! 

Ok, sebenarnya lepas SPM ni, adik-adik boleh pilih untuk sambung ke mana. 
๐Ÿ‘‰ Tingkatan 6 ( 3 semester bersamaan 1 tahun setengah)
๐Ÿ‘‰ Matrikulasi ( 1 Tahun/ 2 Tahun berdasarkan kelayakan keputusan)
๐Ÿ‘‰Diploma (3 tahun kursus, still under universiti)
๐Ÿ‘‰Diploma under SPA ( tawaran seperti pembantu perubatan, pergigian n etc)
๐Ÿ‘‰Politeknik ( Bergantung pada kursus dan praktikal)
๐Ÿ‘‰Asasi/ Fundation ( Selalu 1 tahun)
๐Ÿ‘‰ A level / IB ( Ni selalu under tajaan Biasiswa atau yg banyak duit boleh lah try)

So, mcm mana utk decide nak masuk yg mana? Pening lah kak.

Ok, kalau pening, adik kena tgk keputusan SPM dulu, dan cek kelayakan setiap hala tuju yg adik ingin sambung. Contohnya, kalau masuk matrikulasi kena lulus Subjek teras, Add Math dan Chemistry tau (Aliran Sains). Kalau tingkatan 6 pun kena lulus subjek teras. 

Setiap hala tuju tu ada kelebihan masing masing. Kalau dari segi masa, Diploma dan Politeknik kebiasaannya akan mengambil masa 3 tahun termasuk amali dan praktikal. Nampak lama kan, tapi kalau adik sambung degree di universiti yg sama adik mengambil diploma, degree akan menjadi 2 tahun sahaja. So sebenarnya, sama ja dengan pelajar yang mengambil (Matrikulasi 1 tahun + Degree 4 tahun). Keduanya mengambil masa 5 tahun untuk memegang skroll ijazah. 

Contohnya;

Saya masuk matrikulasi selama setahun๐Ÿ‘‰ Kemudian masuk USM untuk mengambil degree Pergigian selama 5 Tahun๐Ÿ‘‰ Yeay dah graduate!




Contoh 2:

Wani aliran agama ๐Ÿ‘‰ Dia memilih untuk masuk diploma syariah, Unisza ( 3 tahun) ๐Ÿ‘‰ Kemudian, dia mengambil degree dalam bidang yang sama di Unisza (2 tahun) ๐Ÿ‘‰ Yeay wani dah graduate!

Contoh 3:

Atikah pelajar sastera ๐Ÿ‘‰ Sambung tingkatan 6 aliran sastera ( 1 tahun setengah bersamaan 3 sem) ๐Ÿ‘‰ Masuk USM sambung degree Bahasa Melayu selama 3 tahun setengah ๐Ÿ‘‰ Yeay Atikah dah graduate!


Nampak contoh di atas? So overall sebenarnya adalah dalam tempoh yang sama saja. Kecuali masuk politeknik, mungkin kamu kena lebih masa sedikit. But trust me, Politeknik student sangat power dan berkualiti dari segi kemahiran. 

Ok itu sahaja, adik-adik kalau ada soalan boleh tanya dekat ruangan komen okay. Have a good day!

Share:

0 comments: