Monday 3 September 2018

RESEPI KEK COKLAT KOKO

Waktu petang-petang tetiba teringin makan kek coklat. Tapi teringin yang lebih coklat. Kalau beli dekat kedai kek mahal, lepastu kadang tidak sedap sgt pun sbb manis lebih coklatnya kurang. So, buat sendiri lah. Mix kejap lepastu bake.

Bahan sama seperti kek span. Boleh baca kat sini. Tapi sis tambah sedikit bahan.

CARA MUDAH MEMBUAT KEK SPAN COKLAT

Sebelum tu, sis asingkan kuning dan putih telur ni ada sebabnya. Sebab kalau asingkan dan pukul putih telur asing-asing, kek dengan yakin nya memang akan gebu gais! So, jangan malas malas okay. Asingkan betul2, jangan tertinggal sekecil zarah kuning telur pun dalam putih telur tu. 


Bahan-Bahan Mangkuk A:
  1. 1/2 Cup Air
  2. 1/2 Cup Minyak masak
  3. 3 Biji kuning telur
  4. 1 Setengah Cawan Tepung Gandum Siap Diayak
  5. 2 Sudu besar Gula
  6. 1/2 Cup serbuk koko 
  7. 1/2 Cup susu pekat
Bahan-Bahan Mangkuk B:
  1. 3 Putih Telur
  2. 2 sudu besar Gula
Topping Coklat:
  1.  5 sudu Serbuk koko 
  2. 1/2 cup air 
  3. 1/2 cup susu pekat


Cara-Cara Bahan A
  1. Pukul kuning telur sahaja sehingga kembang/ berbuih. Dalam 10-15 minit dah cukup.
  2. Masukkan gula dan tepung gandum yang dah diayak (Supaya kek ada texture halus)
  3. Masukkan air dan minyak masak.
  4. Masukkan serbuk koko dan susu pekat.
  5. Gaul sampai puas hati dan rasa dah sebati. Texture yang terhasil akan jadi sedikit cair. Tutup adunan kejap untuk buat Bahan B.
Cara-Cara Bahan B
  1. Pukul putih telur dan gula sehingga dapat bentuk tanduk. Maksudnya, bila kau angkat mixer tu, terhasil bentuk tanduk dekat hujung tu. Macam ni:
Lepastu, campur Bahan A ke dalam Bahan B. Gaul sebati guna spatula atau senduk kayu. Then, Transfer ke loyang. Untuk dapatkan kek yang gebu, boleh buat double baked method. Macam ni:



Masukkan air panas dalam loyang yang besar. Balut loyang yang berisi adunan tadi dengan aluminium foil. Kalau teda foil pun takpa. Dengan suhu 170'C, bakar kek selama 40 minit.

CARA BUAT TOPPING SIMPLE
  1. Panaskan air dalam kuali kecil, kemudian masukkan serbuk koko. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan susu pekat, gaul supaya tidak melekat pada kuali.
  3. Pastikan coklat tidak terlalu pekat.
  4. Setelah sejuk, tuang ke atas kek yang siap tadi, dan taburkan cip coklat/ coklat spiral. Sejukkan kek dalam peti suapaya lagi sedaaaap!

Feel free to write your comments below. Thank you!

Share:

3 comments:

Anonymous said...

Dapnyeee siss 😭

Anonymous said...

Boleh tahan sedap ni.. hehehe

nilie59 said...

Thank you! resepi simple ja ni.