Thursday 3 January 2019

Pujian menjadi semangat


"You did a very good job! Very Good. Okay discharge patient".

Sebagai seorang dental student, ayat yang keluar daripada mana-mana mulut supervisor ataupun lecturer tu sangatlah memainkan peranan. Selepas buat semua steps, final restoration lah yang paling ditunggu-tunggu. Selepas buat tu Dr akan check lah. Kalau ada defect Dr akan suruh betulkan apa yang patut. Kalau sekali tunjuk Dr suda approved, syukur alhamdulillah. Dan lagi sujud syukur bila Dr puji hasil kerja. Lagi terharu sumpah nangis bila Dr cakap kau ada good hand skills. 

OK. Post ni untuk menaikkan semangat saja. Bukan  untuk menunjuk. Bukan bermakna aku tidak pernah lalui detik detik frust waktu buat dental treatment tu. Aku pun pernah alami sekali waktu year 3. Balik asrama nangis sebab tidak dpt buat tampalan yang cantik dekat patient. Lepastu call parents. Parents cakap, tengok apa kurang waktu buat tu, tackle sebab kekurangan tu, dan improve. Bila asyik frust nanti susah improve. Lepastu aku duduk buat refleksi diri. Alhamdulillah sekarang belajar daripada kesilapan lalu, rasa puas hati bila kita dapat tunjukkan kita boleh atasi kelemahan tu. 

Paling highlight bapa cakap,

               "Itu tampalan yg keberapa? Kau ada berjuta tampalan lagi untuk dibuat"

Sebab itu lah, jangan give up dalam sesuatu. Bukan semua situasi kita boleh pasrah tanpa usaha lagi. Improve, improve and improve. Learn, learn and learn. Kalau tiada learn and improve, apa maksud seorang student kan. 
Share:

0 comments: