Wednesday 17 March 2021

Hala tuju selepas SPM

Hello, bertemu lagi kita ! 

Tajuk hala tuju selepas SPM ni boleh kira lapuk lah kan? Tapi tidak untuk setiap calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Sebenarnya, hala tuju ni berdasarkan minat juga. Tapi untuk merealisasikan minat tu kena lah berdasarkan keputusan yang baik baik. Kenapa SPM penting? Sebab result ini lah yang akan diguna utk apply banyak benda, termasuk peluang pekerjaan, tawaran universiti, plus pendek kata untuk masa depan yang cerah.

Pernah tak dengar ayah ibu cakap KENA LULUS SPM? 
Ha, Untuk adik-adik yang teringin jadi kakitangan kerajaan (cth; polis, kerani, pembantu perubatan) pun syarat kena lulus SPM tau. Subjek teras mcm BM, BI, Sejarah dan Maths itu wajib lulus dan kalau boleh kena skor kaw-kaw! 

Ok, sebenarnya lepas SPM ni, adik-adik boleh pilih untuk sambung ke mana. 
๐Ÿ‘‰ Tingkatan 6 ( 3 semester bersamaan 1 tahun setengah)
๐Ÿ‘‰ Matrikulasi ( 1 Tahun/ 2 Tahun berdasarkan kelayakan keputusan)
๐Ÿ‘‰Diploma (3 tahun kursus, still under universiti)
๐Ÿ‘‰Diploma under SPA ( tawaran seperti pembantu perubatan, pergigian n etc)
๐Ÿ‘‰Politeknik ( Bergantung pada kursus dan praktikal)
๐Ÿ‘‰Asasi/ Fundation ( Selalu 1 tahun)
๐Ÿ‘‰ A level / IB ( Ni selalu under tajaan Biasiswa atau yg banyak duit boleh lah try)

So, mcm mana utk decide nak masuk yg mana? Pening lah kak.

Ok, kalau pening, adik kena tgk keputusan SPM dulu, dan cek kelayakan setiap hala tuju yg adik ingin sambung. Contohnya, kalau masuk matrikulasi kena lulus Subjek teras, Add Math dan Chemistry tau (Aliran Sains). Kalau tingkatan 6 pun kena lulus subjek teras. 

Setiap hala tuju tu ada kelebihan masing masing. Kalau dari segi masa, Diploma dan Politeknik kebiasaannya akan mengambil masa 3 tahun termasuk amali dan praktikal. Nampak lama kan, tapi kalau adik sambung degree di universiti yg sama adik mengambil diploma, degree akan menjadi 2 tahun sahaja. So sebenarnya, sama ja dengan pelajar yang mengambil (Matrikulasi 1 tahun + Degree 4 tahun). Keduanya mengambil masa 5 tahun untuk memegang skroll ijazah. 

Contohnya;

Saya masuk matrikulasi selama setahun๐Ÿ‘‰ Kemudian masuk USM untuk mengambil degree Pergigian selama 5 Tahun๐Ÿ‘‰ Yeay dah graduate!




Contoh 2:

Wani aliran agama ๐Ÿ‘‰ Dia memilih untuk masuk diploma syariah, Unisza ( 3 tahun) ๐Ÿ‘‰ Kemudian, dia mengambil degree dalam bidang yang sama di Unisza (2 tahun) ๐Ÿ‘‰ Yeay wani dah graduate!

Contoh 3:

Atikah pelajar sastera ๐Ÿ‘‰ Sambung tingkatan 6 aliran sastera ( 1 tahun setengah bersamaan 3 sem) ๐Ÿ‘‰ Masuk USM sambung degree Bahasa Melayu selama 3 tahun setengah ๐Ÿ‘‰ Yeay Atikah dah graduate!


Nampak contoh di atas? So overall sebenarnya adalah dalam tempoh yang sama saja. Kecuali masuk politeknik, mungkin kamu kena lebih masa sedikit. But trust me, Politeknik student sangat power dan berkualiti dari segi kemahiran. 

Ok itu sahaja, adik-adik kalau ada soalan boleh tanya dekat ruangan komen okay. Have a good day!

Share:

Hai readers, im back!


Hai readers, hello 2021. 

Hmpir 2 tahun lah saya tidak update blog kan. Haha. Actually banyak ja benda untuk ditulis, share and to story. Tapi mcm biasa lah, as blogging bukan komitmen sepenuhnya, jadi ketepikan sebentar utk setelkan degree.

For anyone yg follow blog sy ni, thanks sudi baca. Hopefully my story akan terus inspirasikan kamu semua. 

Okay, so skrg pandemic covid-19 pun setahun lah suda. Banyak benda yg berubah. Keluar rumah kena pakai mask , sanitizer, kena scan MySejahtera. Dulu dan skrg banyak beza. Tapi apa pun, hargai hidup ni, be happy and enjoy! Jgn banyak komplen okay.

So, few friends and stranger yg follow blog ni ada tanya dekat twitter dan instagram, nilie skrg di mana, buat apa, dh kerja belum, dh kawin belum? Haaaaa tudia. Thank you caring dekat sis ni. Hopefully lepas tahu ni, doakan la saya okay, jangan tanam bawang pula. Hihi !

Sebenarnya, september 2020 haritu alhamdulillah sy suda setel degree. 

"Dr Nilie Syamila (Doctor of Dental Surgery, USM)" 




Yeapp, itu lah saya dan member. Alhamdulillah dapar juga graduate dan setelkan semua requirments dan ptient dalam covid pun.  Alhamdulillah syukur banyak2, mmg parents yg sangat2 banyak tolong dan doakan. Degree dental dekat Malaysia ni 5 tahun, sebab banyak benda kena study plus praktikal lagi. Eventually sama ja dengan medical, cuma lain field in terms of patient dan management. 

Sekarang tengah tunggu posting untuk kerja jadi doktor gigi dekat kkm. Doakan saya tau! 

Nanti sy share pasal journey of dentistry sebab ada yg minta sy share tips dan tanya mcm mana boleh survive dental? Usm pulak tu hahaha. Yes sangat toughh! You need to be strong. Tapi sambil tu, kenalah enjoy dan ada minat juga. 

Alright, saya mau pi buat Pau Goreng japp. Stay tuned utk post akan datang tau!








Share: