Sunday 6 January 2019

Rigid or Selfish



| Rigidity; or ; Selfish| 

; Rigid atau pentingkan diri;

Semakin dewasa, maka semakin banyak komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Pada masa yang sama, semakin banyak manusia yang kita jumpa dan kenali. Itu maksudnya, kita perlu bijak memandu diri sendiri untuk seimbangkan antara tanggungjawab dan emosi. Itu baru pasal diri, belum lagi untuk menjaga emosi orang sekeliling kita.

Kadang kita cuba berpegang teguh dgn kehendak kita (yang tidak menyusahkan orang lain), tetapi manusia tetap menyalahkan diri kita sebagai pentingkan diri sendiri. Maka, itu normal. Itulah namanya manusia kerana emosinya, bukan akalnya. 

Jadi manusia yang dewasa ni kena belajar jadi kuat. Reti membezakan hal hal perlu dan tidak perlu, penting tidak penting, urgent atau tidak dan sebagainya. Bukan hanya menilai tepat berdasarkan apa yang dilihat saja. Kalau kita terbiasa "judge a book by its cover", maka sampai bila pun kita tidak akan tahu apa isinya. 

Jadilah manusia yang berfikir. Bukan beremosi.
Share:

Thursday 3 January 2019

Pujian menjadi semangat


"You did a very good job! Very Good. Okay discharge patient".

Sebagai seorang dental student, ayat yang keluar daripada mana-mana mulut supervisor ataupun lecturer tu sangatlah memainkan peranan. Selepas buat semua steps, final restoration lah yang paling ditunggu-tunggu. Selepas buat tu Dr akan check lah. Kalau ada defect Dr akan suruh betulkan apa yang patut. Kalau sekali tunjuk Dr suda approved, syukur alhamdulillah. Dan lagi sujud syukur bila Dr puji hasil kerja. Lagi terharu sumpah nangis bila Dr cakap kau ada good hand skills. 

OK. Post ni untuk menaikkan semangat saja. Bukan  untuk menunjuk. Bukan bermakna aku tidak pernah lalui detik detik frust waktu buat dental treatment tu. Aku pun pernah alami sekali waktu year 3. Balik asrama nangis sebab tidak dpt buat tampalan yang cantik dekat patient. Lepastu call parents. Parents cakap, tengok apa kurang waktu buat tu, tackle sebab kekurangan tu, dan improve. Bila asyik frust nanti susah improve. Lepastu aku duduk buat refleksi diri. Alhamdulillah sekarang belajar daripada kesilapan lalu, rasa puas hati bila kita dapat tunjukkan kita boleh atasi kelemahan tu. 

Paling highlight bapa cakap,

               "Itu tampalan yg keberapa? Kau ada berjuta tampalan lagi untuk dibuat"

Sebab itu lah, jangan give up dalam sesuatu. Bukan semua situasi kita boleh pasrah tanpa usaha lagi. Improve, improve and improve. Learn, learn and learn. Kalau tiada learn and improve, apa maksud seorang student kan. 
Share:

Hello 2019

New year 2019

Lama tidak update blog, patut pun rasa macam perlu tulis juga refleksi diri. Banyak sangat benda bole share, tapi tiada masa untuk menulis. Busy bosku. Tetiba teringat dulu waktu 1st year ada lecturer pernah cakap, setiap orang ni berbeza cara untuk release stress ataupun utk dapatkan balik positive vibes tu. Ada orang makan banyak boleh buat dia happy dan neutral balik. Ada orang kena travel tgk tempat cantik. Ada orang jenis blogging, menulis dan sewaktu dgn nya. Aku jenis org blogging tu.

Memang dental kursus yg boleh dikatakan agak mencabar juga. Tapi bukanla maksudnya dilarang blogging mcm tu. Boleh ja, tapi take time la. Utamakan yg lebih utama.

Pengalaman 2018? 
2018 tahun lepas kan. Sekarang masuk 2019 suda. Wauu. Im 23 already. So, kita cerita pengalaman ikut kalendar Masihi la sebab Hijrah sudah lama start. Tahun lepas aku year 3 yang mana tahun pertama klinikal. Buat treatment dekat patient la. Tampal gigi, cabutan, gigi palsu, scalling n etc. Alhamdulillah, sampai sekarang Allah permudahkan segala urusan. Dgn syarat kena selalu yakin dan positif.

Mahu ckp psl pengalaman, tiada sangat pun. Tapi yala, setiap orang mesti akan alami detik cemas dlm hidup kan. Tu namanya ujian la. Last year ada juga detik tu, accident depan usm ni haa waktu april 2018. Alhamdulillah tiada kecederaan teruk la, cuma patah midclavicle. Syukur bukan open fracture. No bleeding. Adalah dalam 1 bulan tidak gerak tgn bahu ni. Cuma waktu MC sebulan lebih tu nangis teruk juga la sebab banyak sesi klinik aku skip skip. Berbanding dgn kawan-kawan lain, ramai yang boleh dpt buat bnyk rawatan dekat patient. Pendek kata, boleh buat bnyk requirement lah. Sedangkan aku di rumah waktu tu relaxing la. Mo buat mcm mana kan tangan tidak boleh gerak waktu tu. Makan minum mandi urus diri semua guna tangan kiri ja la. Pada masa itulah aku rasa itu betul-betul 1 ujian utk aku. Ujian aku jadi orang yang redha dan bersyukur atau sebaliknya. Masa tu solat pun nangis lah juga. Siapa sangka boleh dapat kan. Tapi guys, please remember, bila kita susah adalagi org yang lagi susah dan sakit dari kita. Jangan terlalu mengeluh. 

Bila aku datang appt TCA di klinik ortho, waktu tu lah terlalu ramai patient yg lagi kesian. Ada yang terbaring sebab patah tulang belakang, tengkuk n etc. Syukur lah aku boleh manage dan aku kuat semangat. Physio pun 3 bulan ja. Lepastu discharge. Ada patient lain bertahun physio pun masih lemah lagi muscle dan tulang lepas accident. 

Dari sudut pandangan lain, aku mahu tekankan, Allah memang bagi kita ujian ikut kemampuan dan Allah tu maha mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik utk kita. Mungkin sebab aku berdoa untuk dipermudahkan menjadi seorang dentist utk bantu masyarakat. So, dgn takdir Allah aku masih boleh menikmati tubuh badan yg sihat harini. Tangan is so precious. Tanpa tangan apalah itu seorang dentist. Ya Allah syukur alhamdulillah.
Share: